Wednesday, June 9, 2010

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

PIAGAM PELANGAN

Kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menawarkan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang kepada:

1. PELAJAR

  • Mendidik pelajar supaya beragama dan mematuhi perintah TUHAN
  • Melahirkan insan berilmu, berfikiran matang, berdaya juang, produktif, inovatif dan berketrampilan menjurus kepada Matlamat Wawasan 2020.
  • Membimbing pelajar membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Melahirkan pelajar-pelajar berbudaya penyayang kepada diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
  • Menyediakan pendidikan yang terbaik berdasarkan kurikulum kebangsaan Malaysia untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelajar
  • Menyediakan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar dan membimbing pelajar ke arah kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum
  • Mewujudkan iklim sekolah yang bersih, menarik dan harmoni.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat serta mesra untuk semua pelajar.
  • Memastikan semua guru memasuki kelas sekurang-kurangnya 5 minit selepas loceng berbunyi.


2. STAF

  • Menyediakan sumber-sumber dan kemudahan yang secukupnya berdasarkan keperluan staf bagi membantu tugas harian yang lancar.
  • Menjamin kebajikan semua staf pada setiap masa dan keadaan.
  • Memberi peluang yang adil dan saksama kepada semua staf dalam peningkatan profesionalisme dan kerjaya mereka.


3. STAKEHOLDER

  • Mematuhi semua arahan dan pekeliling dari PPD Muar , JPN Johor dan Kementerian Pelajaran dengan tepat dan segera.
  • Menyediakan segala data dan maklumat terkini seperti yang diperlukan sebelum tarikh yang ditetapkan


4. IBU BAPA DAN KOMUNITI

  • Memberi layanan yang mesra kepada semua individu yang memerlukan perkhidmatan pada setiap masa.
  • Membekalkan maklumat yang terkini dan tepat tentang perkembangan pendidikan pelajar kepada ibu bapa dan komuniti.
  • Memberi peluang kepada komuniti berkongsi kemudahan yang terdapat di sekolah dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu.

OBJEKTIF & FALSAFAH

OBJEKTIF SEKOLAH
  • Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan memiliki disiplin kendiri yang kental dan berpegang teguh pada ajaran agama.
  • Mewujudkan sistem pengurusan sekolah yang berkualiti bagi memastikan sekolah berada dalam situasi sekolah yang berkesan.
  • Mewujudkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan staf.
  • Melahirkan pelajar yang berwatak cemerlang menepati konsep sekolah berwatak (Schooling With Character).
  • Mewujudkan program kurikulum yang jelas tentang ilmu, menzahirkan kemahiran dan membentuk insan berjiwa patriotik.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang ceria, kondusif dan selamat.
  • Mewujudkan budaya sekolah penyayang dan sekolah selamat.
  • Mewujudkan program kokurikulum terancang dan cemerlang.
  • Membentuk hubungan komuniti yang mesra melalui konsep Sekolah Komuniti.

FALSAFAH SEKOLAH

  • Pelajar mempunyai potensi untuk menjadi manusia yang berkembang inteleknya, baik akhlaknya dan sihat jasmaninya.
  • Guru berpegang kepada prinsip bersih, cekap dan amanah, mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kewibawaan, kesanggupan berkorban, inisiatif, serta sedia menjadi teladan mampu untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu kepada pelajar-pelajar.
  • Sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan fizikal, teknikal dan tenaga pendidikan serta bersedia untuk memikul tanggungjawabnya bagi melahirkan manusia yang seimbang dan berguna.
  • Ibu bapa dan masyarakat sedia mengekalkan hubungan erat yang sedia terjalin dengan pihak sekolah dan guru demi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.




VISI & MISI

VISI SEKOLAH

SMK Tengku Mahkota, Muar
adalah 5 sekolah harian biasa terbaik keseluruhan daerah Muar pada Tahun 2010
MISI SEKOLAH

Warga SMK Tengku Mahkota, Muar akan berusaha
  • Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang.
  • Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
  • Memupuk sahsiah dan nilai murni di jiwa seluruh warga sekolah.
  • Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus.
  • Mewujudkan iklim dan persekitaraan yang ceria, kondusif dan selamat.




LENCANA SEKOLAH & LAGU SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH BERMATLAMAT UNTUK MEMUPUK KEUNGGULAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN, BERDISIPLIN DAN BERAKHLAK MULIA



LAGU SEKOLAH














Sejarah Sekolah



KINI 2010




Sekolah Menengah Tengku Mahkota Muar ditubuhkan pada Mei 1962. Nama "Tengku Mahkota" diambil bersempena dengan perlantikan Tengku Mahkota Johor waktu itu iaitu Tengku Mahmud Iskandar Ibni Sultan Ismail. Pada mulanya sekolah ini adalah sekolah untuk menjalankan kelas -kelas pelajaran lanjutan bagi memberi pendidikan kepada murid-murid yang gagal dalam peperiksaan Darjah Enam.


Pada 1 Julai 1965, sekolah ini dirasmikan oleh
Menteri Pelajaran YB En. Mohd Khir bin Johari, . Turut hadir ialah Menteri Besar Johor YB Dato' Hj. Hassan bin Hj. Yunos dan Pengarah Pelajaran Johor En. Tan Bak Seng. Pada masa itu sekolah ini hanya mempunyai 3 blok bangunan yang mengandungi pejabat pengetua, bilik kerani, dua buah bilik Seni Perusahaan, dua buah bilik Sains Rumah Tangga dan 10 buah tingkatan.